Assalamualaikum dan salam sejahtera buat
sahabat semua.
Namun demikian, jika dijawabnya, tak solatpun boleh hidup senang lenang,
tak ada masalah pun. Jika disambung lagi, tengok orang yang solat tak pernah
tinggal tapi hidup susah memanjang. Apa guna solat katanya. Itu tandanya
imamnya makin goyang. Tak mustahil dia boleh tergelincir akidah. Apatahlagi
jika dia anggap solat tidak wajib sudah sah gugur akidah dia. Nauzubillahi min
zalik. Banyak orang tidak solat sebab inilah. Sebab pertama dia ukur diri dia.
Kedua dia ukur orang lain. Bila dia ukur diri dia - dia tak solat tapi hidup tetap gembira. Duit
senang lenang. Bisnes maju. Tidak pernah rasa sakit. Tidak pernah rasa bimbang.
Makan berselera macam biasa. Jadi dia rasa tak ada bezanya dia solat ke tidak.
Ukuran kedua dia lihat
orang lain. Orang lain yang hari-hari ke masjid, solat wajib tidak pernah
tinggal, solat sunat hari-hari buat tapi dia tengok orang tu tak sesenang
diapun. Naik motor buruk macam tu jugak. Rumah dinding papan buruk
berbumbungkan zink bertampal-tampal macam tu jugak. Patutnya dia rajin solat,
Allah dah bagi rezeki melimpah ruah dekat dia. Tapi tak adapun. Akhir sekali
ukuran jahil dia kata kalau macam tu baik tak payah solat kalau gitu.
Ramai golongan macam ni dalam masyarakat. Solat
dianggap tidak bernilai. Bahkan lebih teruk anggap solat boleh menyekat rezeki.
Semuanya kerana cetek ilmu agama. Ada satu kisah menarik untuk saya kongsikan.
Dalam majlis agama selalu sebut kisah ni untuk teladan. Ada dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, seorang lagi muslim
yang taat kepada Allah. Ketika menebar jala, nelayan yang menyembah berhala
menyebut nama berhalanya, manakala nelayan muslim itu membaca bismillah. Bila
tiba masa jala diangkat, nelayan penyembah berhala mendapat banyak ikan,
sedangkan nelayan muslim tadi, tidak memperolehi seekorpun. Malaikat yang
melihat keadaan itu bertanya kepada Allah " Ya Allah, apakah yang telah
berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, Kau berikan dia rezeki yang banyak,
sedangkan hambamu yang menyebut namaMu, Kau tidak memberikan dia apa-apa."
Allah menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti Neraka. Maka
apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya?
Tetapi hambaKu yang beriman itu, Aku hendak memberi ganjaran syurga, maka Aku
suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya”. Saya pasti ramai yang pernah dengar cerita ini termasuk orang yang tidak
solat tersebut. Peringatan dari Allah amat jelas. Sama ada kita nak faham atau
tidak itu jer.
Jangan bersangka baik dalam keadaan kita gembira kerana tidak solat.
Tidak solat bermakna lain-lain ibadat kita - puasa, zakat, sedekah tidak bernilai
di sisi Allah. Azab akhirat pasti tersedia jika kita dijemput dalam keadaan
kita tidak pernah mengenal sejadah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan